AlhamdulilLah, ari ni genap usia aku 35 tahun..
tahun '98 kawin, then dapat anak 3 orang takat ni...aku happy AlhamdulilLah ; aku bersyukur dengan ni'matMu Ya Rabb...
Aku sihat , isteri tercinta sihat , anak-anak tersayang sihat.....
sungguh luas ni'matMu Ya Ilahi...
Monday, December 15, 2008
Sunday, October 12, 2008
Friday, October 10, 2008
11.10.1998 ~ 10 TAHUN DAHULU PADA HARI INI DALAM SEJARAH
AlhamdulilLah...aku panjatkan kesyukuran yang tertinggi hanya padaMu ALLAH, Kau telah memberi peluang untukku terus meminjamkan udara bumiMu ini untuk aku terus bernafas sehingga ke tarikh ini ~ 11102008.
Wahai Tuhanku...,
Pada hari ini,10 tahun dahulu, Kau sekali lagi Melimpahkan Ni'matMu,memberikanku suatu hadiah yang tidak ternilai olehku.Pada tarikh ini, aku telah diijabkabulkan dengan buah hati penyeri jiwaku,Normahsyar diakadkan oleh bapa mertuaku sendiri, Ustaz Omar.
Masihku ingat lagi...betapa cerianya AlMarhumah Emak Tercinta (RA)menyaksikan majlis walimah anak bongsunya dan majlis terakhir untuk kelima-lima anaknya.
Masihku ingat lagi...betapa mesranya Ketua Rombongan pihak lelaki; Kekanda Ustaz Yusof Embong membetulkan sampin dan songkok keramatku tatkala beliau tak hentihenti mengajarkan lafaz nikah sambil Pokde Samad mencelah...Cuma.... aku termangu mengingatkan AlMarhum Ayah Tercinta (RA) tidak dapat menggagahi dirinya pada hari ini 10 tahun lalu menyaksikan majlis anaknya ini kerana kesihatannya langsung tidak mengizinkan.
Ya ALLAH...
Pada hari ini, 11102008 sama seperti 10 tahun dahulu, aku ingin mensejarahkan tarikh ini dalam hidupku dengan meluncurkan memoir ini ke alam maya.Moga-moga ia menjadi suatu rujukan susurgalur kekeluargaan kepada Putera dan Puteriku dalam mereka menggali kisah hidup kedua orangtua mereka bila kami tiada lagi di sini...
Dengan Lafaz BISMILLAHI RAHMANIRRAHIM, aku mulakan bicara untuk diri sendiri dan keluargaku dalam http://beronoksagu.blogspot.com/
Al - Fatihah Untuk AlMarhum Emak Dan Ayah Yang Amat Dirindui...

Subscribe to:
Posts (Atom)